Saturday, September 27, 2008

Perutusan AidilFitri dari MB

Sunday, September 28, 2008

PERUTUSAN AIDIL FITRI YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bagi pihak kerajaan Negeri Kedah, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada rakyat negeri Kedah dan tidak ketinggalan kepada seluruh muslimin-muslimat di negara ini.
Aidil Fitri adalah hari kebesaran kurniaan Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah Taala. Orang yang bertaqwa adalah mereka yang senantiasa mentaati perintah Allah dan amat takut untuk melakukan kejahatan.
Semoga ‘Madrasah Ramadhan 1429’ yang baru kita lalui ini akan menjadi ikhtibar untuk kita meneruskan amalan yang baik yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan.
Setelah sebulan dalam bulan Ramadhan, kita bakal sama-sama menyambut hari kebesaran, iaitu Aidil Fitri.
Di sinilah letakkan penghujung atau kemuncak setelah kita berlapar dahaga, bersabar dengan cabaran Ramadhan, bermunajat di malam Ramadhan dan seumpamanya.
Segalanya bakal lenyap tanpa pahala jika kita alpa dan dilalaikan dengan sambutan Aidil Fitri yang terkeluar dari norma-norma Islam.
Islam menganjurkan kita memuji nama Allah apabila menjelangnya Syawal, memanjatkan rasa syukur kerana berjaya melalui ujian besar menghadapi Ramadhan serta bersedih kerana kita sudah terlepas daripada Ramadhan, bulan yang penuh rahmat.
Menyambut hari kemenangan ini tidak salah, tetapi yang salahnya adalah cara menyambut Aidil Fitri.
Kejayaan akan menjadi milik kita dengan pertolongan Allah swt sekiranya kita berjaya menzahirkan ketaqwaan dan keimanan yang kukuh.
Al Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhan mestilah menjadi pegangan dan panduan kita untuk dibawa ketengah masyarakat bagi menyelamatkan mereka dari kesesatan dan kemusnahan dengan memimpin mereka ke arah kebenaran dan kesejahteraan yang sebenar.
Semoga dengan berkat Aidil Fitri kali ini, kita dapat mentautkan kembali tali silaturrahim sesama rakyat di negeri ini.
Saya yakin, kesempatan ini akan digunakan oleh rakyat dari berbilang bangsa untuk kunjung-mengunjung antara satu sama lain.
Teruskanlah budaya muhibbah ini, negeri ini milik kita, Kedah Sejahtera kerana kita.
Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT, menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain.
Tidak ketinggalan untuk saya ucapkan selamat pulang berhari raya di negeri tercinta ini kepada anak-anak Kedah yang berada di perantauan.
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.” (Surah Ali Imran: 102)
Sekian, terima kasih.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.
Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman

Kunjungan Hurmat PERDASAMA dengan YB Amirrudin Hamzah

ALOR STAR, 26 Mei – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Negeri Kedah baru-baru ini telah mengadakan kunjungan hormat bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi Negeri, YB Ir. Haji Amiruddin Hamzah di Wisma Darul Aman.

Kunjungan tersebut bertujuan mewujudkan kerjasama antara Perdasama dengan pihak Kerajaan Negeri. Perdasama dalam kunjungan itu menyatakan komitmen untuk membantu Kerajaan Negeri khususnya melahirkan seramai mungkin usahawan dari kalangan rakyat Kedah.

YB Amiruddin ketika pertemuan itu mengalu-alukan persatuan peniaga atau usahawan bekerjasama dan berbincang masalah dengan Kerajaan Negeri supaya perkembangan ekonomi Negeri Kedah dapat berjalan dengan lancar.

“Kerajaan Negeri akan menapis atau mempastikan segala bentuk bantuan kerajaan sama ada geran dana modal kewangan dan modal mesin dapat disalurkan kepada usahawan yang benar-benar tulen iaitu usahawan yang menjalankan aktiviti perniagaan dengan lesen yang sepatutnya dan bukan individu yang menggunakan syarikat atau lesen pihak ketiga memohon pinjaman dan menghabiskan dana bantuan bagi tujuan dan maksud lain,” tegas beliau.

Menurut beliau, usaha kerajaan itu tidak membezakan latarbelakang pendapat politik dan Kerajaan Negeri ujarnya, komited untuk membantu para usahawan dan mewujudkan peluang kerjasama dalam membangunkan ekonomi Negeri Kedah

“Tetapi bukan untuk mana-mana pihak yang berkepentingan politik,” tegas beliau membayangkan pendirian kerajaan kini.

YB Amiruddin juga menyarankan agar para usahawan dan peniaga membentuk satu muafakat di dalam pertubuhan usahawan khasnya bagi bumiputera seperti Perdasama.

“Dengan membentuk satu pasukan di dalam NGO yang membangunkan ekonomi amnya, peluang-peluang dalam pasaran dapat dikongsi, permasalahan dapat diselesaikan, sumbangan modal dapat dikumpul dan apa-apa bentuk pelaburan atau perniagaan dapat dikaji dengan teliti seperti dari segi risiko dan kadar pulang modal,” ujarnya menerangkan kelebihan tersebut.

Wednesday, September 17, 2008

Maklumat Semasa

Sunday, September 14, 2008

Lebihan akaun kerajaan negeri selepas enam bulan

Oleh Izwan Abdul Halim

KUALA KEDAH, 10 September – Laporan semasa kewangan negeri Kedah menunjukkan perkembangan positif dengan terdapatnya lebihan puluhan juta ringgit di dalam penyata kira-kira kewangan negeri.
Demikian menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Zakat Dan Berbuka Puasa di Masjid Kariah Kampung Hutan, Mukim Padang Hang, di sini.
"Kita dapat maklumat daripada Pegawai Kewangan Negeri, inilah kali pertama dalam masa enam bulan, kira-kira kewangan negeri kita positif," maklum beliau pada majlis itu.
Terdahulu, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman pada petang itu, Ustaz Azizan mengarahkan Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung Jenayah Pecah Amanah yang berlaku di dalam pengurusan sesetengah GLC terbabit semasa di zaman pemerintahan Barisan Nasional.
Ujarnya, Kerajaan Negeri setelah enam bulan mengambil alih tampuk pemerintahan menjumpai banyak penyelewengan serta salah guna kuasa dan wang yang dilakukan pentadbiran terdahulu.
Dalam perkembangan lain, YAB Menteri Besar pada 5 Ogos lalu memaklumkan Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan puluhan juta ringgit hasil daripada polisi belanja berhemah yang diamalkan selain mengurangkan 30 peratus peruntukan untuk pembangunan berikutan kenaikan harga minyak pertengahan Jun lalu.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 3:07 PM

Tuesday, September 16, 2008

28 Usahawan Bumiputera Terima Bantuan



Oleh: WADIASSOFI JAAFAR


ALOR STAR, 25 Ogos 2008 – Seramai 28 usahawan Bumiputera menerima bantuan berupa Dana Teroka daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berjumlah RM435,000 yang bertujuan untuk melahirkan usahawan Bumiputera yang lebih mantap dan berdaya saing.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi, Bioteknologi dan Pembangunan Usahawan, YB. Tuan Haji Ir. Amiruddin Hamzah berkata, di bawah program ini, usahawan-usahawan kecil yang menjadikan usaha niaga sebagai sumber mata pencarian dapat dibantu dinaikkan daripada taraf sedia ada kepada keadaan yang lebih baik.

“Di bawah program ini juga, usahawan-usahawan yang dikenal pasti menghadapi kesukaran di dalam mendapat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan disebabkan oleh masalah usahawan sendiri atau masalah dengan institusi kewangan akan dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Pembiayaan Dana Teroka PKNK 2008 di Wisma PKNK, di sini. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato’ Abdul Rahman Ibrahim.

Menurutnya, Dana Teroka ini adalah sebagai satu usaha Kerajaan Negeri Kedah dan PKNK untuk membantu industri kecil dan sederhana (IKS) kecil dan bukan bermotif keuntungan.

Ujarnya, usahawan-usahawan IKS yang akan berkembang lebih baik dan besar mestilah mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Bank, Bank Pembangunan dan Bank Rakyat.

“Pembinaan semula Kedai Pasar Serbanika yang uzur dengan menggantikan rumah kedai tiga tingkat yang lebih baik dan sesuai dengan keadaan masa kini serta menempatkan 140 peniaga adalah bertujuan memberi kemudahan kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka,” jelasnya.

Tambahnya, pembinaan sebuah pusat perniagaan baru dan menaiktaraf Kompleks Hentian Bas Ekspress bagi menggantikan tempat sedia ada yang tidak teratur turut dilaksanakan di samping menyediakan ruang niaga yang lebih baik kepada 120 peniaga Bumiputera sedia ada.

Di samping itu, katanya, tumpuan juga turut diberikan kepada produk sejuk beku dan produk kering berasaskan bijirin dan tepung yang diusahakan oleh usahawan Bumiputera.

Tamat.

Sunday, September 14, 2008

Penduduk gembira dapat berbuka bersama MB

Oleh Izwan Abdul Halim

KUALA KEDAH, 10 September - Kerajaan Negeri berusaha melaksanakan setiap janji kepada rakyat dan menerima mandat mentadbir negeri sebagai satu amanah.
Demikian komitmen yang dinyatakan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Zakat Dan Berbuka Puasa di Masjid Kariah Kampung Hutan, Mukim Padang Hang, di sini."Bila kita diberi mentadbir Kedah ini, ia adalah amanah. Amanah kepada anak yatim, amanah kepada ibu tunggal, orang miskin dan rakyat. Itu kerja kita, kerana itu kita kena buat.
"Kita berdoa agar kita dapat melaksanaan keadilan, menegakkan kebenaran, memberi pembelaan kepada golongan-golongan lemah yang memerlukan pembelaan," ujarnya yang turut menyeru agar negeri ini juga dibangunkan dari doa rakyat dan kerjasama kakitangan kerajaan. Tegasnya, kerajaan negeri tidak mengamalkan diskriminasi kepada rakyat yang mempunyai hak terhadap pegangan politik masing-masing.
"Dasar kita Islam, walaupun kepada musuh tetapi keadilan kita berikan."Janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa," ujar beliau yang mengakhiri ucapannya dengan peringatan dari ayat 8 surah al-Ma'idah itu.
Pada majlis tersebut, seramai 47 fakir miskin menerima zakat masing-masing. Hadir sama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato' Haji Ir Phahrolrazi Haji Zawawi, YB Tuan Haji Ir Amiruddin Hamzah dan YB Dr Ismail Salleh, Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Encik Kassim Ahmad, Pegawai Daerah Kota Star, YBhg Dato' Ahmad Md Isa dan Pegawai Agama Daerah Kota Star, Al-Fadzil Tuan Syeikh Zakaria Mustafa.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 2:39 PM

Wednesday, September 10, 2008

Strategi PKNK Untuk Lahirkan Ramai Usahawan Bumiputra

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR STAR, 9 September – Perancangan dan strategi Perbadanan KemajuanNegeri Kedah bagi membangunkan masyarakat Perdagangan danPerindustrian Bumiputera adalah selaras dengan strategi utama yangtelah digariskan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi(MECD).
Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato' Abdul Rahman Ibrahim berkata,strategi perlaksanaan tersebut dirangka bagi mencapai objektif untukmelahir dan memperbanyakkan bilangan usahawan Bumiputera dalampelbagai bidang daripada industri rumah sehinggalah kea rah mewujudkanusahawan yang berdaya saing dan berdaya maju.
"Strategi pertama ialah Pembudayaan Keusahawanan merangkumi strategipelaksanaan iaitu pembudayaan dan latihan keusahawanan diwujudkanbertujuan untuk menyemai semangat keusahawanan di peringkat sekolah,"jelasnya.
Menurutnya, PKNK telah menganjurkan kursus, seminar dan latihanlanjutan dan peningkatan untuk pemantapan usahawan seperti kursuspembangunan wanita dan masyarakat umum, latihan kepada peniaga danpenjaja, program latihan dan bimbingan dalam gerak usahawan sertakursus pemasaran industri kecil dan sederhana (IKS).
Ujarnya, strategi kedua adalah melalui program peluang perniagaan yangdilaksanakan membabitkan tiga strategi pelaksanaan yang telah dirangkaiaitu pembangunan perniagaan, pemantapan dan perniagaan baru.
"Strategi ketiga adalah melalui penyediaan khidmat sokongan danbantuan membabitkan empat pendekatan iaitu khidmat bimbingan,pembiayaan, promosi dan pemasaran serta sewaan premis perniagaan,"katanya.
Tambahnya, melalui strategi yang diwujudkan itu, ia secara tidaklangsung mampu membangunkan masyarakat usahawan yang berkualitimelalui aktiviti, perundingan, usahasama, penyebaran maklumatkeusahawanan, penyediaan ruang niaga dan bantuan pasaran.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 9:48 AM


Thursday, September 11, 2008

YB AMIRUDDIN RASMI SURAU AS-SYAKIRIN, TAMAN INANG

Oleh Izwan Abdul Halim
KUALA KEDAH: Kekuatan untuk memakmurkan masjid tidak ada kepada semuamanusia yang mengaku beriman. Kerana itulah Allah SWT menggunakankalimah "innama" (hanyasanya) diawal ayat yang memperkatakan halberkenaan.
Demikian telahan dari ayat 18 surah at-Taubah oleh PengerusiJawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi, BioteknologiDan Pembangunan Usahawan Negeri, YB Tuan Haji Ir Amiruddin Hamzah padaceramah perasmian Surau As-Syakirin, Taman Inang, Mergong di sini, 21Ogos baru-baru ini.
"Digunakan di situ kalimah "innama" maknanya Allah SWT hendakmenunjukkan 'limit' atau dua keadaan atau 'border' atau dua sempadan,orang yang memakmurkan masjid Allah ini adalah orang beriman kepadaAllah, beriman kepada hari akhirat," ujarnya menerangkan.
Menurut beliau, setiap ayat al-Quran bermula dengan kalimah "innama"akan menyatakan syarat-syarat berkaitan hal yang akan ditegaskan.
"Maknanya orang yang memenuhi syarat itulah baru layak dikatakanberiman," jelasnya pada ayat yang bermaksud; hanyasanya yangmemakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepadaAllah dan hari kemudian serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakatdan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada Allah, makamerekalah orang-orang yang diharapkan termasuk dalam golongan mendapatpetunjuk.
Maka katanya, Ramadhan yang bakal menjelang perlu digunakan sebagaipeluang melengkapkan syarat-syarat dari ayat tersebut.
Disamping menikmati kehidupan, nasihat YB Amiruddin, soal mati jugaperlulah diperingatkan sentiasa.
Menyambung ucapannya, beliau menyeru agar aktiviti surau diperbagaikanuntuk mendekatkan diri kepada Allah SWT disamping tidak melupakan haripembalasan yang pasti tiba.
"Apa pun yang dibuat di dunia, akan datang satu hari, sebagaimanamukjizatnya al-Quran menceritakan perkara yang belum jadi lagi tetapitelah dikhabarkan, iaitulah kedatangan hari kiamat," katanya.
Jelas YB Amiruddin, antara dinyatakan al-Quran berhubung kedatanganhari tersebut adalah manusia lupa kepada keluarga dan kerabatnyakerana terlalu mengira perkara yang akan berlaku kepadanya.Membandingkan kejadian Tsunami yang dianggap dahsyat oleh kebanyakanmanusia, ujar beliau, hakikatnya kejadian itu tidaklah sedahsyatkedatangan kiamat kerana manusia masih mampu memikirkan soal keluargadan kerabatnya ketika kejadian Tsunami itu.
"Akan ada golongan yang mukanya berseri-seri dan riang dengan beritamereka nantikan sekian lama. Pada hari itu juga ada wajah-wajah yanghitam, berduka cita serta menunggu saat menerima balasan daripadaAllah SWT. Iaitu orang yang kufur kepada peringatan Allah," ujarnyamenjelaskan ciri manusia ketika menghadapi keadaan itu.
Mengakhiri ucapannya, beliau menyeru jamaah yang hadir pada majlis ituagar membawa anak-anak ke surau dengan melatih sejak mereka masihkecil.
Surau As-Syakirin merupakan surau baru yang dibina menggantikan suraulama dengan kos mencecah RM79,000 hasil sumbangan penduduk setempat.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 10:07 AM
Sunday, September 7, 2008

KAKITANGAN AWAM KEDAH DAPAT BONUS SEBULAN GAJI
Oleh : AMELIA HASHIM

ALOR STAR, 3 September: Kakitangan awam negeri Kedah mampu tersenyum apabila kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak lebih RM8 juta sebagai bonus untuk mereka. Seramai 9,539 kakitangan kerajaan negeri Kedah dan agensi di bawahnya bakal menikmati bonus bulan ini.
Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini. Tambahnya lagi, pembayaran bonus sebulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 itu akan dibayar kepada 143 Pegawai Tadbir Negeri (PTN), 203 kakitangan Kumpulan Pengurusan dan 5,524 kakitangan Kumpulan Sokongan.
Selain pemberian bonus ini turut melibatkan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu seramai 2,816 orang serta 853 orang kakitangan berkanun.
Sehubungan itu, YAB Dato' Seri Azizan juga memberitahu, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM11 juta setiap bulan untuk pembayaran gaji dan elaun kakitangan di seluruh negeri Kedah.
Menyentuh mengenai tanggungan bebanan kerajaan yang lain termausuklah hutangnya dengan Kerajaan Pusat beliau berkata, Kerajaan Negeri telah meyediakan pelan dan jadual pembayaran setiap tahun.
"Kita ada duit dan mampu membayar hutang yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah Kedah dahulu. Tahun ini kita akan bayar hutang kita," katanya.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 12:03 PM