Sunday, September 14, 2008

Penduduk gembira dapat berbuka bersama MB

Oleh Izwan Abdul Halim

KUALA KEDAH, 10 September - Kerajaan Negeri berusaha melaksanakan setiap janji kepada rakyat dan menerima mandat mentadbir negeri sebagai satu amanah.
Demikian komitmen yang dinyatakan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Zakat Dan Berbuka Puasa di Masjid Kariah Kampung Hutan, Mukim Padang Hang, di sini."Bila kita diberi mentadbir Kedah ini, ia adalah amanah. Amanah kepada anak yatim, amanah kepada ibu tunggal, orang miskin dan rakyat. Itu kerja kita, kerana itu kita kena buat.
"Kita berdoa agar kita dapat melaksanaan keadilan, menegakkan kebenaran, memberi pembelaan kepada golongan-golongan lemah yang memerlukan pembelaan," ujarnya yang turut menyeru agar negeri ini juga dibangunkan dari doa rakyat dan kerjasama kakitangan kerajaan. Tegasnya, kerajaan negeri tidak mengamalkan diskriminasi kepada rakyat yang mempunyai hak terhadap pegangan politik masing-masing.
"Dasar kita Islam, walaupun kepada musuh tetapi keadilan kita berikan."Janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa," ujar beliau yang mengakhiri ucapannya dengan peringatan dari ayat 8 surah al-Ma'idah itu.
Pada majlis tersebut, seramai 47 fakir miskin menerima zakat masing-masing. Hadir sama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato' Haji Ir Phahrolrazi Haji Zawawi, YB Tuan Haji Ir Amiruddin Hamzah dan YB Dr Ismail Salleh, Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Encik Kassim Ahmad, Pegawai Daerah Kota Star, YBhg Dato' Ahmad Md Isa dan Pegawai Agama Daerah Kota Star, Al-Fadzil Tuan Syeikh Zakaria Mustafa.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 2:39 PM

3 comments:

sengau said...

assalamualaikum

mohon YB dan kerajaan Kedah selesaikan isu sampah di Bandaraya Alor Star seperti yang dlaungkan semasa Pas menjadi Pembangkang dahulu.

sengau said...

salam YB

kenapa banyak kedai makan buka awal pagi, pejabat agama tak ambil tindakan ka? Sekarang kerajaan PAS jangan bikin malu.

MAT KEDAH said...

TAHNIAH YB... Salam YB, CUMA SEKALI LAGI Saya mohon jasa YB untuk menaik taraf jalan kampung (mini tar) kampung Alor Gunung dari hujung kampung Alor Pea ke rumah Pam.. Struktur jalan amat mendukacitakan. Harap YB dapat membantu kami..

Jangan JADI mcm BN yg hindarkan pembangunan mini tar sekian lama..