Sunday, October 5, 2008

SMS Tipu...

Tuesday, September 30, 2008

SMS tipu golongan miskin dikesali
Oleh : ZULKIFLI YAHYA
ALOR STAR - Walaupun iblis dan syaitan telah dirantai di bulan Ramadhan, namun terdapat juga manusia yang mengambil alih tempat iblis dan syaitan bertindak menipu golongan miskin.
Individu tersebut telah menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu kononnya Menteri Besar akan memberi duit raya sebanyak RM50 seorang di Wisma Darul Aman pada 29 September, semalam.
Akibatnya beratus orang yang mempercayainya telah menyerbu Wisma Darul Aman. Terdapat yang membawa kanak-kanak dan kelihatan mereka benar-benar dari keluarga miskin.
Pihak polis dikejarkan untuk mengawal keadaan. Walaupun mereka diberitahu bahawa tidak ada sumbangan serupa itu, masih terdapat yang tidak berganjak.
Pejabat Menteri Besar telah membuat penafian terhadap maklumat SMS tersebut. Kerajaan Negeri, khususnya Pejabat Menteri Besar memang tidak memberi duit raya terus kepada fakir miskin seperti itu memandangkan bantuan telah disalurkan melalui wakil rakyat atau wakilrakyat angkat bag i tiap-tiap DUN. Tindakan itu lebih efisien kerana mereka dapat mengenal pasti dengan lebih tepat sasaran fakir miskin.
Bagaimanapun atas dasar keprihatinan terhadap lebih 100 orang yang berhimpun itu, Menteri Besar bermurah hati menghulurkan duit raya kepada mereka yang terus menunggu di hadapan Wisma Darul Aman.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 11:39 AM

No comments: