Monday, January 12, 2009


Exco jelaskan isu depoh minyak di Kerpan

ALOR STAR, 12 Januari - Cadangan pembinaan terminal penyimpanan minyak di Kerpan oleh sebuah syarikat swasta sudah mengambil kira kepentingan semua pihak dan sekali-kali tidak akan mengianayai penduduk tempatan, khususnya penternak udang di sekitar kawasan tersebut.Demikian jaminan yang diberikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Ir Amiruddin Hamzah sebagai mengulas kebimbangan yang ditimbulkan beberapa pihak berhubung isu tersebut.Menurut beliau, Syed Mokhtar Al-Bukhary telah membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah sawah seluas 300 relong di sekitar Jerlun bagi dijadikan tapak terminal penyimpanan minyak oleh syarikatnya SKS Ventures. Minyak itu akan disalurkan ke Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam untuk didagangkan ke Phuket, Thailand.“Kerajaan negeri yang tegas dalam mempertahankan tanah untuk sumber bekalan beras menolak permohonan tersebut, sebaliknya mencadangkan supaya terminal itu diadakan di laut,” jelas Amiruddin.Cadangan balas dari SKS ialah mereka mahu mengambil-alih projek ternakan udang Kerpan di mana pemegang saham terbesarnya ialah Khazanah Nasional. Kerajaan negeri, katanya, bersetuju berhubung cadangan tersebut memandangkan setelah sekian lama projek udang itu berjalan tetapi hasilnya tidak sepadan dengan pelaburan yang dibuat.“Selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan, pada dasarnya mereka bersetuju namun timbul sedikit masalah apabila anak syarikat Khazanah Holding iaitu Blue Achipelago yang mengendalikan projek ternakan udang itu membantah cadangan tersebut,” ujar beliau.Tambahnya, mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ‘menangguk di air keruh’ telah mengelirukan keadaan. Antaranya pihak tersebut mendakwa kononnya ramai yang akan hilang pekerjaan.“Saya ingin menjelaskan bahawa jika berlaku pengambilalihan projek ternak udang oleh SKS, sudah pasti kerajaan negeri akan mensyaratkan supaya pekerja sedia ada tidak dianiayai,” tegasnya.Berhubung dakwaan bahawa terminal minyak akan mengakibatkan pencemaran dan menjejaskan pengusaha kolam udang di sekitar itu, Amiruddin menganggap dakwaan itu tidak berasas.“Kita mempunyai kriteria yang ketat bagi mempastikan semuanya terkawal. Syarat kelulusan dan pemantauan datang dari banyak pihak, ia tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya.“Lagipun terminal minyak itu adalah depoh penyimpanan semata-mata, tidak ada apa-apa proses pengilangan, pemprosesan mahupun pembakaran yang berlaku. Minyak dipam dari dari kapal ke terminal dan dari situ dipam pula untuk dibawa ke Bukit Kayu Hitam,” jelas

3 comments:

AFRAR YUNUS said...

salam,
bila ada kelapangan, boleh sembang-sembang kena teh tarik ?

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com said...

DIREKTORI / FORUM Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia - www.gem.socialgo.com

Industri Sarang Burung Layang-layang (Walet/Walit)- www.gem.tl.my

hanbali said...

salam..
apa ni yb takdak benda baru pun ni..
dah lama saya dok masuk tengok yang lama jugak...
pastu blog ni ceritalah bab kawasan anak bukit tu secara terperincikalau bab yang melibatkan negeri yang tu leh dibaca diharakahdaily..yang kami nak tau ni hal2 yang berkaitan dengan kawasan yb..