Tuesday, November 25, 2008

12 PENGILANG-PENGILANG DI KAWASAN INDUSTRI PADANG MEHA ADAKAN PERTEMUAN DENGAN YB IR AMIRUDDDIN HAMZAH

OLEH ABD WAHAB BIN OSMAN

PADANG SERAI 16 oktober - Jawatankuasa Pengilang-pengilang di Kawasan Industri Padang Meha yang terdiri dari dua belas buah kilang mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi, YB Ir Amiruddin Hamzah, dekat sini.

Dua belas kilang tersebut terdiri daripada E-Metal (M) Sdn Bhd, Long Seng Ply Sdn Bhd, Malwira Manufacturing Sdn Bhd, Mighty Choice Sdn Bhd, Natural Arrangement Sdn Bhd, Permata Makmur Sdn Bhd, Progressive Formula (M) Sdn Bhd, Soon Yee Enterprise, Syarikat Kayu Kayan Jayakas, Winkler Wachtel (SEA) Sdn Bhd, YB Enterprise Sdn Bhd dan Pin Wee Farm Sdn Bhd.

Pertemuan itu diadakan di Pejabat YB Enterprise Sdn Bhd pada jam 5.00 petang, dipengerusikan oleh Pengarah Urusan Kilang berkenaan, Yap Koon Fat

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pengilang-pengilang di Kawasan Industri Padang Meha, Choo Chuan Sin, pertemuan itu diadakan di antaranya bagi membincangkan kerosakan jalan sepanjang tiga kilometer di kawasan itu.

“Kawasan kilang itu menjadi tidak selamat kerana sekurang-kurangnya 3 kecurian berlaku dalam sebulan.” Kata Choo

Katanya lagi, “Masalah tersebut telahpun diadukan kepada Majlis Perbandaran Kulim (MPK), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Balai Polis Kulim namun tiada tindakan diambil.

Dalam pertemuan itu, Amiruddin Hamzah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengilang-pengilang di Kawasan Industri tersebut.

Mengulas tahap keselamatan di kawasan terbabit, Amiruddin berkata, “ Tidak perlu Night Security Patrolling daripada dua buah balai polis yang berdekatan.”

“Memadai jurisdiction dari sebuah Balai Polis sahaja di situ samada Balai Polis Sungai Karangan atau Balai Polis Padang Serai.” Katanya

Katanya lagi, “Saya akan hubungi semua agensi-agensi kerajaan yang terlibat untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka sebelum dimaklumkan kepada pihak tuan-tuan berikutnya.”

Hadir sama ialah Pengarah Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) Kedah/Perlis, Muhammad Anas Ahmad Zabidi.

Tamat

No comments: